Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Polis Pahang Seru Masyarakat Berhati-hati dengan Taktik Penipuan Scammer

By 9 Oktober 2025November 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Farah Shaherza/ Mohd Hafiz (Kuantan)

KUANTAN, 9 Okt (MalaysiaAktif) – Polis menyeru agar orang ramai berhati-hati dengan pelbagai modus operandi dan taktik penipun penjenayah scammer mutakhir ini.

Ceramah disampaikan oleh Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Inspektor Zaiton Mohamed,  IPK Pahang

Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Insp Zaiton Mohamed berkata pelbagai modus operandi penipuan sering digunakan oleh sindiket termasuk penipuan pelaburan, love scam dan panggilan palsu kononnya daripada pihak berkuasa.

“Saya ingin berpesan kepada masyarakat agar tidak mudah panik atau mengikut arahan pihak tidak dikenali, serta segera membuat laporan polis sekiranya menerima panggilan atau mesej yang mencurigakan,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Kesedaran Jenayah Dalam Talian dan Kegiatan Scammer di Program JIWA@Sembang Santai Komuniti MADANI Kampung Beserah Pantai, di sini, hari ini.

Ucapan aluan daripada Penghulu Mukim Beserah Nasaruddin Ahmad

Salah seorang pemimpin masyarakat yang hadir Penghulu Mukim Beserah Nasaruddin Ahmad berkata program seperti itu penting bagi memupuk kesedaran sivik dan tanggungjawab bersama dalam membanteras jenayah siber seiring usaha kerajaan memastikan keselamatan digital rakyat terus terpelihara.

“Saya harap program seperti ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan sikap cakna masyarakat terhadap ancaman jenayah scam yang kini berlaku dalam pelbagai bentuk.

“Dengan adanya kerjasama antara komuniti dan pihak polis kita dapat menanam budaya Cegah Sebelum Kena dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda