Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warisan Budaya, Nilai MADANI Serikan Program Komuniti di Padang Terap

By 16 Oktober 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Azrul Abdullah (Padang Terap)

PADANG TERAP, 16 Okt (MalaysiaAktif) – Warisan budaya dan nilai MADANI menjadi teras kemeriahan Program JIWA@Komuniti MADANI Kemasyarakatan yang berlangsung di Perpustakaan Desa Kampung Datok Meriah, apabila program berkenaan berjaya menarik penyertaan ramai penduduk tempatan dalam suasana penuh mesra dan kekeluargaan, semalam.

Penjurian hiasan pulut kuning dan rendang

Program anjuran bersama agensi kerajaan dan komuniti setempat itu menampilkan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, tuju guli, dam haji dan karom yang disertai peserta daripada pelbagai peringkat umur.

Gelak tawa dan sorakan peserta menceriakan suasana apabila generasi muda diberi peluang mencuba permainan tradisional yang sinonim dengan masyarakat terdahulu.

Turut mencuri tumpuan ialah pertandingan hiasan pulut kuning yang memperlihatkan kreativiti dan semangat gotong-royong peserta dalam mengekalkan adat tradisi serta mengukuhkan nilai kekeluargaan dalam komuniti.

Pertandingan karom bagi kategori dewasa

Selain aktiviti berunsur budaya, program turut diserikan dengan taklimat khas mengenai Belanjawan 2026 yang disampaikan Pegawai Penerangan Daerah Padang Terap Mohd Fiteri Abd Manap.

Beliau turut menekankan peranan penting ibu bapa dalam mendidik anak-anak menghadapi cabaran era digital.

“Teknologi bukan musuh, tetapi alat yang perlu dikawal dengan bijak. Tanggungjawab ibu bapa hari ini bukan sekadar menyediakan keperluan asas, tetapi juga membentuk nilai dan disiplin dalam dunia digital,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda