Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Banjir: Emosi, Kesihatan Mental Mangsa di PPS Terjaga

By 30 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Haniff Tukija/Mohd Hafiz Mat Nor (Sabak Bernam)

SUNGAI BESAR, 30 Nov (MalaysiaAktif) – Sokongan psikososial merupakan antara aspek kebajikan mangsa banjir yang turut diberi penekanan oleh pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Aktiviti yang dilaksanakan melibatkan semua lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke warga emas.

Pegawai Psikologi Kaunseling Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sabak Bernama Ansar Gasang berkata pihaknya menerusi pasukan Mental Health Psychosocial Support telah melaksanakan pelbagai aktiviti di tiga buah PPS iaitu Dewan Seri Sekinchan, Dewan Seri Bernam dan Dewan Seri Nakhoda.

“Aktiviti dijalankan bertujuan bagi mengurangkan tekanan emosi serta memastikan kesejahteraan mental mangsa kekal terjaga meliputi kumpulan warga emas, belia dan kanak.

“Antara aktiviti yang dijalankan adalah mewarna, melukis, bersenam menggunakan kerusi, gotong-royong serta beberapa aktiviti yang bersesuaian,” katanya kepada Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

PKD Sabak Bernam turut menempatkan pasukan perubatan selain pasukan sokongan psikososial yang hadir setiap hari ke semua lokasi PPS di daerah Sabak Bernam dalam memastikan kebajikan penduduk yang terjejas terjaga.

-FN

Tinggalkan komen anda