Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tiga Lelaki Cedera Dalam Pergaduhan Babit Dua Kumpulan Di Selayang Jaya

By 30 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 30 Nov (MalaysiaAktif) – Tiga lelaki cedera dalam pergaduhan membabitkan dua kumpulan di Selayang Jaya, di sini Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang berlaku pada 12.10 tengah malam itu kira-kira sepuluh minit selepas insiden.

“Kejadian dipercayai melibatkan dua kumpulan lelaki tempatan yang belum dikenal pasti identiti mereka. Kumpulan suspek dikatakan telah menyerang kumpulan mangsa menggunakan senjata,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Beliau berkata motif serangan ke atas mangsa berusia lingkungan 18 hingga 36 tahun itu masih dalam siasatan dan pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 148 Kanun Keseksaan.

“Mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Selayang bagi rawatan lanjut, dan suspek kini sedang giat dikesan.

“Orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Insp Mohammad Shafiq Md Shapawi di talian 013-5154065 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial video berdurasi satu minit 23 saat memaparkan pergaduhan melibatkan kumpulan tertentu di Selayang Jaya.

-FN

Tinggalkan komen anda