
Laporan /foto: Ahmad Suhaimi Mokhtar/Wan Mohammad Afiq Wan Mokhtar
KUALA LUMPUR, 14 Nov (MalaysiaAktif) – “Semoga cahaya perpaduan dan persahabatan kita bersama akan terus dipupuk,” kata Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Fahmi Fadzil ketika berucap merasmikan Program Fiesta Cahaya Deepavali 2025 di IWK Eco Park @ Pantai Dalam, kelmarin.

Fahmi menyantuni para tetamu yang hadir.
Pada program tersebut, seramai 1,100 keluarga di Lembah Pantai menerima sumbangan sempena Deevapali lepas, iaitu jumlah terbesar agihan sumbangan dalam sejarah kawasan di parlimen berkenaan.

Antara tetamu jemputan yang hadir.
“Saya amat bersyukur kerana menerima sumbangan ini yang dapat membantu meringankan beban keluarga saya semasa menyambut Hari Deepavali yang lalu dan berterima kasih atas keprihatinan Datuk Fahmi,” ujar Prema Kandasamy, 49.
Program turut dimeriahkan dengan persembahan tarian kebudayaan masyarakat India oleh Kumpulan Dream Catcher.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Veravathiram, Pengarah Penerangan Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Lt. Kol. Bersekutu (PA) Sabarudin Yeop Hamza serta Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Hoo Chang Hook.
-RI





