
Laporan/foto: Khairul Othman/Khairul Nizam (IPN)
SEREMBAN, 9 Nov (MalaysiAktif) – Majlis Rumah Terbuka Deepavali 2025 peringkat Negeri Sembilan berjaya mengeratkan perpaduan rakyat di negeri itu.

Aminuddin menyantuni pengunjung yang hadir.
Majlis yang berlangsung meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung pelbagai kaum di Dewan Orang Ramai Taman Seremban Jaya itu juga diserikan lagi dengan keberangkatan tiba Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Kavitha hadir bersama keluarganya.
Seorang pengunjung, Kavitha Ramesh, 49, berkata penganjuran rumah terbuka seperti ini memperlihatkan semangat perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat.
“Saya amat terharu melihat masyarakat pelbagai kaum datang bersama-sama meraikan Deepavali. Inilah semangat sebenar Negeri Sembilan yang penuh kasih sayang dan hormat-menghormati,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini.
Sambutan ini menjadi simbol perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk, selaras dengan semangat Malaysia MADANI yang terus subur di Negeri Sembilan.
-RI





