Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

EBP7 Pacu Pembangunan Strategik Negeri Sembilan

By 12 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasnida Sharani/Sharil Alias (IPN)

SEREMBAN, 12 Nov (MalaysiAktif) – Negeri Sembilan terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju pembangunan industri dengan pelancaran Taman Perindustrian Eco Business Park 7 (EBP7) di Taman Perindustrian Pertama, Parcel C, Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0), di sini.

Aminuddin ketika menyampaikan ucapan.

Projek berimpak tinggi yang merupakan hasil kerjasama strategik antara Eco World Development Group Berhad, NS Corporation dan SD Guthrie Berhad itu dilihat mampu membuka lebih banyak ruang kejayaan pada masa hadapan serta menjadikan Negeri Sembilan antara pemacu utama pertumbuhan negara.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pelaksanaan projek tersebut mencerminkan kejayaan kerjasama awam dan swasta dalam menterjemahkan perancangan kepada realiti melalui pembangunan taman perindustrian moden berteraskan kelestarian, inovasi dan kesejahteraan komuniti setempat.

“Projek ini adalah bukti nyata bagaimana sinergi antara kerajaan dan sektor swasta dapat melahirkan ekosistem pembangunan yang lestari dan berdaya saing,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran di Taman Perindustrian Pertama, di sini semalam.

Antara tetamu yang hadir.

EBP7 bakal menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negeri, selaras dengan peranan Negeri Sembilan dalam Kluster Industri Wilayah Tengah bersama Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Pembangunan tersebut memberi tumpuan kepada sektor berimpak tinggi termasuk elektrik dan elektronik, aeroangkasa, farmaseutikal serta teknologi makanan.

Beliau turut menegaskan bahawa melalui pelaksanaan projek strategik di bawah MVV 2.0, kerajaan negeri komited memastikan pembangunan mampan, peluang pekerjaan berkualiti dan kesejahteraan rakyat kekal sebagai keutamaan utama.

-RI

Tinggalkan komen anda