Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kerjasama MPP, PIC Selaras Hasrat Pembangunan Pengerang Mampan, Bersih dan Selamat

By 28 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahqrul Azim Shaari/Ashikin Mustafa (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 28 Nov (MalaysiaAktif) – Kerjasama Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan PETRONAS Pengerang Integrated Complex (PIC) dalam penganjuran Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran dan Kempen Pengumpulan E-Waste sepadan dengan hasrat kerajaan bagi pembangunan Pengerang yang mampan, bersih dan selamat.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Miswan Yunus berkata kerjasama itu juga selari dalam usaha memperkukuh kesihatan persekitaran dan pembangunan mampan.

Miswan Yunus melancarkan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran dan Kempen Pengumpulan E-Waste di Desaru Coast Conference Centre.

“Tema tahun ini, ‘Persekitaran Sejahtera, Masyarakat Harmoni, Negara MADANI’ menyerlahkan keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar, selain menyokong Agenda 2030 bagi kelestarian alam, kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan berkenaan di Desaru Coast Conference Centre, di sini semalam.

Program itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu kesihatan berkaitan persekitaran, termasuk pencemaran udara, air dan makanan, selain menggalakkan gaya hidup sihat serta memperkasakan peranan komuniti dan pihak berkuasa tempatan.

Miswan dalam pada itu turut menekankan kepentingan pengurusan kesihatan persekitaran dan penjagaan alam sekitar demi kesejahteraan masyarakat.

Miswan melawat salah satu reruai pameran yang dibuka oleh pempamer sempena Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran dan Kempen Pengumpulan E-Waste.

Kempen E-sisa turut dijalankan untuk mengumpul barangan elektronik terpakai dan berbahaya seperti bateri, komputer dan televisyen bagi mengurangkan risiko pencemaran dan mengekalkan kesihatan masyarakat.

Turut hadir Yang Dipertua MPP Norazmi Amir Hamzah dan Ketua Jabatan Kesihatan, Keselamatan dan Alam Sekitar PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn. Bhd. Muslisham Omar.

-RI

Tinggalkan komen anda