Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RMTK Platform Mahasiswa Terima Maklumat KBS Secara Tepat, Langsung

By 20 November 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norshazila Ahmad (Selangor)/PSA

SHAH ALAM, 20 Nov (MalaysiaAktif) – Program Rakan Muda Turun Kampus (RMTK) menjadi platform mahasiswa mendapatkan maklumat tepat secara langsung daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Hannah Yeoh (kiri) ketika menyampaikan sesi perkongsian bertajuk ‘Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan’ sempena Program RMTK di Auditorium Ibnu Sina PSA.

Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Ts. Abdul Razak Sabtu berkata penyertaan 300 pemimpin pelajar menunjukkan komitmen golongan itu dalam membawa suara dan keperluan rakan-rakan mahasiswa.

“Mereka ini juga menjadi penyampai maklumat serta penggerak budaya positif di kampus,” katanya ketika berucap pada Program Rakan Muda Turun Kampus (RMTK) di Auditorium Ibnu Sina di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), di sini semalam.

PSA menjadi lokasi pertama pelaksanaan program RMTK bagi tahun ini.

RMTK yang kini memasuki siri kesembilan bertujuan membuka ruang dialog lebih luas antara golongan belia dan kepimpinan KBS selari dengan nilai Keyakinan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI.

Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang juga hadir turut menyampaikan sesi perkongsian bertajuk ‘Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan’.

Beliau turut berkongsi pelbagai inisiatif Kerajaan MADANI termasuk pembangunan belia, sukan, keusahawanan, kesukarelawanan dan program Rakan Muda selain program pemerkasaan komuniti.

Salah seorang pelajar memberi pandangan dalam sesi soal jawab sempena Program RMTK di Auditorium Ibnu Sina PSA.

Seramai 300 wakil pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai program berkenaan yang turut menyaksikan sesi perkongsian antipornografi oleh Pertubuhan Malaysia Membanteras Pornografi (MAP).

Turut hadir Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK Azirin Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor Syamsul Tahrin Mohd Tahir serta Timbalan Pengarah Akademik PSA Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman.

Menurut PSA, penganjuran RMTK di institusi berkenaan memberi ruang kepada KBS mendengar pandangan mahasiswa secara langsung sekali gus memperkukuh hubungan antara PSA, kementerian dan jaringan POLYCC seluruh negara.

Hasil maklum balas yang diterima akan membantu KBS merangka strategi baharu dalam memperkasa pembangunan belia.

-RI

Tinggalkan komen anda