Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Rakyat Beruntung Dapat Rai Pelbagai Perayaan

By 1 November 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Ryqal/Zai Zack

KLANG, 1 Nov (MalaysiaAktif) – “Rakyat Malaysia beruntung dapat merayakan pelbagai perayaan,” kata Ahli Parlimen Kota Raja Datuk Seri Mohamad Sabu.

Persembahan tarian tradisional kaum India.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan dan Jamuan Sempena Deepavali Parlimen Kota Raja di Dewan Sentosa, di sini malam tadi.

Majlis sambutan yang dihadiri hampir 1,000 orang tetamu pelbagai kaum itu turut menyediakan pelbagai juadah istimewa Deepavali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Papparaidu Veraman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa Dr. Gunaraj George, ADUN Kota Kemuning Preakash Sampunathan dan Pegawai Khas Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Raja Mohd Azmi Jusoh.

-RI

Tinggalkan komen anda