Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

3,264 Pekerja Mobiliti Kulai Terima RM652,800 di Bawah Bantuan Kasih Johor

By 8 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Mohd Zahid Othman/ Facebook Mohd Jafni Md Shukor (Johor)

KULAI, 8 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 3,264 pemandu Grab, penghantar makanan, pemandu e-hailing, p-hailing dan teksi di daerah ini menerima bantuan sekali beri di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ).

Mohd Jafni berkata setiap penerima BKJ menerima RM200, menjadikan jumlah keseluruhan RM652,800, sekali gus membantu meringankan kos operasi harian mereka

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata bantuan melibatkan penerima daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu 1,405 dari Senai, 974 penerima dari Bukit Permai dan 885 dari Bukit Batu.

“Setiap penerima menerima RM200, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bernilai RM652,800.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan kos minyak, penyelenggaraan serta keperluan lain bagi mereka yang bekerja siang malam mencari rezeki secara sah,” katanya ketika menyempurnakan penyerahan bantuan itu di Dewan Pentadbiran Daerah Kulai, di sini semalam.

Penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) dan Bantuan Khas Kewangan di daerah Kulai melibatkan peruntukan sebanyak RM7.52 juta

Mohd Jafni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar (Datuk Onn Hafiz Ghazi) terus memberi tumpuan kepada keperluan pekerja mobiliti yang menjadi barisan hadapan dalam sistem pengangkutan harian rakyat.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kulai Fizwan Mohd Rashidi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) Mohd Fa’iz Salehon.

-AA-

Tinggalkan komen anda