Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

556 Penerima Terima Bantuan Kasih Johor di DUN Tangkak

By 8 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Latifah Salleh (Tangkak)

TANGKAK, 8 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 556 penerima melibatkan golongan e-Kasih, ketua kampung, ketua masyarakat serta penjawat awam persekutuan termasuk para pendidik dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak menerima manfaat di bawah inisiatif Bantuan Kasih Johor (BKJ).

Datuk Abd Rahim Talib selaku wakil rasmi Menteri Besar Johor ketika menyampaikan ucapan

Wakil rasmi Menteri Besar Johor iaitu Ketua UMNO Bahagian Ledang Datuk Abd Rahim Talib dalam ucapannya berkata kejayaan program tersebut adalah hasil kecekapan pentadbiran kerajaan negeri yang terus berada pada landasan kemajuan.

“Kestabilan politik, tadbir urus yang cekap serta pengurusan mantap telah menjadikan Johor destinasi pelaburan yang tinggi.

“Lebihan pendapatan ini akhirnya dapat dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai bentuk bantuan dan insentif,” katanya ketika merasmikan majlis penyerahan inisiatif tersebut di Dewan Padang Lerek 2, di sini hari ini.

 

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tangkak Ee Chin Li dan Penolong Pegawai Daerah Tangkak Mohd Izzudin Mohd Azman.

-AA-

Tinggalkan komen anda