Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Festival Muzik Etnik Kelab Rukun Negara Perlis 2025 Perkukuh Perpaduan Generasi Muda

By 19 Disember 2025Disember 22nd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 19 Dis (MalaysiaAktif) – Program Festival Muzik Etnik Kelab Rukun Negara boleh menjadi wadah untuk memperkukuhkan semangat perpaduan dan menerapkan nilai cinta budaya dan warisan dalam kalangan generasi muda.

Zulkifli Hashim (dua dari kiri) merasmikan Program Festival Muzik Etnik Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Perlis 2025 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar.

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Zulkifli Hashim berkata Rukun Negara boleh menjadi kompas moral dan sosial dalam kehidupan serius di saat dunia kini yang semakin mencabar.

“Festival ini yang disertai oleh berbilang kaum perlu menjadi contoh kepada masyarakat. Ia wada untuk memartabatkan warisan budaya setiap etnik dan memperkukuh peranan Kelab Rukun Negara (KRN) sebagai platform penyatuan masyarakat melalui aktiviti kebudayaan dan sosial di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan festival berkenaan, di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, di sini kelmarin.

Dalam pada itu, beliau berkata program sedemikian amat penting kerana turut membuka peluang kepada murid-murid menampilkan bakat mereka dalam pelbagai bidang muzik, seni budaya dan persembahan.

Para peserta mempersembahkan kemahiran masing-masing di Festival Muzik Etnik Kelab Rukun Negara Peringkat Negeri Perlis 2025.

“Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Guar Nangka dengan kerjasama JPNIN Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis kerana telah berjaya merealisasikan satu program yang dapat memperkukuhkan semangat perpaduan dan kebersamaan di dalam rakyat Malaysia melalui medium seni dan budaya,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis (Sektor Pembangunan Murid) Che Rasaidi Che Yob.

Program Festival Muzik Etnik Kelab Rukun Negara disertai 18 buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah yang dibahagikan kepada dua kategori pertandingan iaitu Seni Bela Diri dan Bunyi-bunyian (alat muzik).

-RI

Tinggalkan komen anda