Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kerajaan MADANI Salur RM26.5 Juta untuk Pengurusan Bencana di Terengganu

By 11 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatihayatul Sadi/Amiruddin Adli

KUALA TERENGGANU, 11 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan MADANI menyalurkan RM26.5 juta bagi memperkukuh sistem pengurusan bencana di Terengganu, khususnya sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).

Peninjauan kemudahan infrastrutur ICT di yang disediakan di Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC).

Peruntukan ini turut merangkumi pelaksanaan 317 projek pemuliharaan infrastruktur asas yang terjejas akibat bencana, dengan nilai tidak melebihi RM200,000 bagi setiap projek.

Antara inisiatif utama ialah pembinaan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Terengganu yang sudah siap dan diserahkan secara rasmi oleh Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu Datuk Abdul Kahar Abdul Latif.

Beliau berkata pembinaan SDCC merupakan bukti jelas komitmen kerajaan untuk meningkatkan kesiapsiagaan negeri dalam menghadapi bencana.

“Pembinaan SDCC ini membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan negeri. Kami yakin pusat ini akan membantu mempercepat dan memperkemas tindak balas bencana demi keselamatan rakyat Terengganu,” katanya, di sini semalam.

Sesi taklimat bersama agensi-agensi terlibat berkenaan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC).

Pembinaan SDCC bermula pada 20 Julai lepas dan siap pada 10 November lalu.

Projek tersebut melibatkan pembinaan bangunan baharu, kerja ubah suai ruang, serta penyediaan infrastruktur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), audio visual dan perabot bagi memastikan pusat operasi bencana di negeri ini dapat berfungsi dengan lebih cekap dan sistematik.

Penyaluran dana besar ini dijangka memberi manfaat jangka panjang khususnya kepada komuniti yang sering berdepan bencana setiap kali musim MTL melanda.

-RI

Tinggalkan komen anda