Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

KOA Guntur Nikmati Liputan Internet Lebih Laju

By 4 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 4 Dis (MalaysiaAktif) – Kampung Orang Asli (KOA) Guntur, Juasseh, di sini menikmati liputan internet lebih laju menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Abdul Karim Fakir Ali berkata pihaknya telah menaik taraf pemancar sedia ada kepada rangkaian 4G bagi meningkatkan kestabilan serta keluasan penyediaan rangkaian gentian optik yang bertujuan memperluaskan capaian jalur lebar tetap berkelajuan tinggi.

“Daripada sembilan tapak projek gentian optik, enam KOA telah dipilih di Negeri Sembilan iaitu di Jelebu, Rembau, Jempol dan KOA Guntur Kuala Pilah. Telekom Malaysia telah memaklumkan bahawa kesemua tapak ini beroperasi secara berperingkat buat masa ini dan akan beroperasi sepenuhnya pada 30 Disember ini,” katanya.

Beliau brkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Tapak Infrastuktur Komunikasi Projek Gentian Optik (Fibre-To-The-Home) di bawah inisiatif MCMC dan Kempen Internet Selamat (KIS), di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata manfaat yang dirasai oleh masyarakat luar bandar itu membuka peluang untuk komuniti setempat mendapat akses maklumat dalam talian, perkhidmatan e-dagang dan peningkatan taraf sosioekonomi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan dan Adat Melayu, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan Datuk Mohd Faizal Ramli, Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Adnan Abu Hassan dan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan dan Melaka Shahrani Idderis.

-RI

Tinggalkan komen anda