Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

PD Surfcasting 2025 Rancak Pelancongan Negeri Sembilan

By 9 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Majlis Perbandaran Port Dickson

PORT DICKSON, 10 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan Negeri Sembilan melalui Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) terus melipat gandakan usaha memperkasa program pelancongan bagi menarik kedatangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Datuk Mohd Faizal Ramli.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga PD Surfcasting 2025.

“Ia sekali gus memastikan hasrat menarik 20 juta pengunjung sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 pada tahun hadapan berjaya dicapai,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Program Port Dickson Surfcasting 2025, di sini Ahad lalu.

Mohd Faizal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi yang memuji usaha MPPD mempopularkan aktiviti rekreasi pantai, berkata hanya daerah Port Dickson yang boleh menganjurkan pertandingan memancing kerana mempunyai pantai.

Antara ikan yang berjaya dipancing.

“Penganjuran acara pelancongan memainkan peranan penting kerana ia memberikan alasan untuk pengunjung menempah perjalanan melalui acara yang ditawarkan di daerah.

“Semua pihak terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu sama-sama membantu menarik kedatangan pelancong ke negeri ini kerana banyak produk pelancongan ditawarkan melalui penganjuran di lokasi program,” katanya.

Lebih 500 pemancing dari seluruh negara menyertai PD Surfcasting 2025 yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai sebanyak RM27,400.

-RI

Tinggalkan komen anda