Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Kembara Kamek Digital Perkukuh Ekosistem Keusahawanan Serian

By 9 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Priscilla Kathy Paul (Sarawak)

SERIAN, 09 Dis (MalaysiaAktif) – Seramai 20 usahawan daripada pelbagai bidang di Serian menyertai Program Kembara Kamek Digital di Serian Digital Innovation Hub (SDIH), di sini semalam.

Pengurus SME Digitalisation Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC) Amirrul Rizwan Mohd Abd Hafiz berkata sesi Meet and Greet itu diadakan bagi mengukuhkan hubungan antara SDEC dan komuniti usahawan di Sarawak.

Menurutnya program ini berperanan sebagai sesi turun padang untuk mendapatkan maklum balas secara langsung daripada peserta program terdahulu mengenai inisiatif SDEC serta ekosistem keusahawanan tempatan.

“Maklum balas daripada usahawan ini membantu SDEC merancang dan menambah baik inisiatif pada tahun hadapan supaya dapat memberikan impak yang lebih besar kepada komuniti keusahawanan,” katanya.

Taklimat keusahawanan yang disampaikan oleh Eksekutif SME Digitalisation SDEC Apissrudin Mohd.

Program Kamek Digital merupakan salah satu inisiatif SDEC untuk membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) memanfaatkan teknologi digital dalam perniagaan masing-masing.

Program Kembara Kamek Digital bermula di Serian dan dijadualkan berakhir di Lawas, Bahagian Limbang Ahad ini.

Program ini merangkumi latihan komprehensif, webinar, kembara pendigitalan, pembangunan komuniti digital, serta penyediaan direktori perisian dalam talian bagi membantu PMKS mendigitalkan perniagaan mereka.

-RJ-

Tinggalkan komen anda