Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pengakap Marang Santuni Mangsa Banjir

By 2 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini Mohamad

MARANG, 2 Nov (MalaysiaAktif) – Persatuan Pengakap Malaysia Daerah Marang turun padang menyantuni 800 mangsa banjir di daerah itu di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Paya Resak, di sini kelmarin.

Pesuruhjayanya, Kamarulzaman Ismail berkata pendekatan itu bertujuan bagi meninjau keadaan mangsa selain memberi semangat serta menyampaikan bantuan keperluan asas sebagai usaha meringankan beban mereka. 

Pesuruhjayanya, Kamarulzaman Ismail berkata pendekatan itu bertujuan bagi meninjau keadaan mangsa selain memberi semangat serta menyampaikan bantuan keperluan asas sebagai usaha meringankan beban mereka.

“Selain itu, program ini juga bagi memberikan sokongan moral kepada petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa henti membantu penduduk, termasuk semua anggota keselamatan, sukarelawan dan agensi terlibat yang kekal komited menjalankan tugas dalam keadaan mencabar, selaras dengan slogan pengakap ‘Bersama Kita Prihatin, Bersama Kita Membantu’.

“Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Marang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang memastikan operasi bantuan berjalan lancar. Semoga usaha kecil ini dapat memberi kekuatan kepada mangsa dan menyuntik semangat kepada para petugas,” katanya.

Lawatan turut memberi penghargaan kepada anggota keselamatan, sukarelawan dan agensi terlibat yang komited menjalankan tugas dalam keadaan mencabar.

Kamarulzaman yang juga Pegawai Pendidikan Daerah berkata demikian kepada Malaysia Aktif, di sini kelmarin.

Antara PPS yang menjadi tumpuan lawatan termasuk SK Bukit Sawa dan SK Simpang Rawai yang kini masih menempatkan sebahagian besar mangsa banjir di daerah berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Pengakap Malaysia Daerah Marang Datuk Wan Ahmad Samir Wan Mohd Noor, barisan Penolong Pesuruhjaya serta para Pemimpin Pengakap Daerah.

-RI

Tinggalkan komen anda