Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Pentauliahan 55 Peguam Syarie Sejajar Tanggungjawab Tegak Keadilan Ikut Prinsip Islam

By 2 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/Facebook Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 2 Dis (MalaysiaAktif) – Pentauliahan 55 orang peguam syarie dan lapan orang penerima tauliah khas pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025, semalam adalah sejajar dengan tanggungjawab dan amanah besar yang dijunjung profesion itu dalam menegakkan keadilan berpaksikan prinsip Islam.

Ketua Menteri Melaka menyampaikan pentauliahan kepada Peguam Syarie.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, pentauliahan kali ini diperkukuh dengan tema ‘Peguam Syarie: Penggerak Keadilan Syariah’.

“Data terkini menunjukkan peningkatan ketara dalam pertumbuhan profesion ini, iaitu daripada 538 orang peguam syarie pada tahun lepas kepada 593 orang setakat November ini. Kesemua usaha ini telah membuktikan bahawa Melaka bukan sekadar menegakkan hukum, tetapi juga memastikan keadilan dapat dirasai oleh setiap lapisan rakyat.

Ketua Menteri Melaka menyampaikan pentauliahan kepada Peguam Syarie.

“Lantas, saya menaruh harapan yang tinggi agar sistem kehakiman syariah negeri terus berkembang serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain,” katanya pada Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Melaka 2025, di sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

-RI

Tinggalkan komen anda