
Laporan/foto: Azree Zaki (Raub)
RAUB, 4 Dis (MalaysiaAktif) – 20 keluarga asnaf dari Felda Krau 1 menerima manfaat melalui Program Cakna Asnaf anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Raub dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Raub, di sini hari ini.

Jamaliah Md Saad ketika ditemu bual.
Program tersebut bertujuan meringankan beban golongan memerlukan serta memperkukuh hubungan antara institusi agama, agensi kerajaan dan masyarakat setempat.
Salah seorang penerima, Jamaliah Md Saad, 37, meluahkan rasa syukur atas keprihatinan MUIP dan JKM yang memberi bantuan dan sumbangan kepada golongan asnaf sepertinya.
“Bantuan ini sangat bermakna bagi kami sekeluarga dan terima kasih kerana sudi datang melihat sendiri keadaan kami,” katanya kepada Malaysia Aktif.

Jabatan dan agensi terlibat meluangkan masa berinteraksi dengan penerima bantuan.
Program berbentuk ziarah kasih itu turut mendapat kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Bentong, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Raub, Pejabat Felda Krau 1 dan Ketua Peneroka Felda Krau 1.
Setiap penerima menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan makanan kering.
-RI





