
Laporan/foto: Hamidah Hamid (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 18 Dis (MalaysiaAktif) – Amalan kitar semula dan penggunaan lestari dalam penjimatan bahan tenaga seperti elektrik dan gas perlu dibudayakan di peringkat komuniti dan keluarga.

Perkhidmatan kaunter bergerak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Pilah Padmini Ganasan berkata tindakan tersebut perlu diambil secara serius bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan pengguna secara berkesan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Kitar Semula dan Pengguna Lestari di Padang Majlsi Daerah Kuala Pilah (MDKP), di sini kelmarin.
Program yang menerima penyertaan menggalakkan daripada masyarakat setempat itu dilihat mampu menyemai kesedaran masyarakat ke arah pembudayaan gaya hidup lestari dan penggunaan berhemah.
Pelbagai pengisian menarik seperti aktiviti mewarna, sukaneka, cabutan bertuah dan pameran pelbagai agensi kerajaan turut diadakan.
-RI





