Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Rakyat Perlu Fahami Proses Penyediaan Belanjawan

By 4 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Media MBNS (Negeri Sembilan)

SEREMBAN, 4 Dis (MalaysiAktif) – Pegawai Kewangan Negeri Sembilan Datuk Masri Razali menekankan kepentingan kefahaman rakyat terhadap proses penyediaan belanjawan negeri.

Salah seorang Pengerusi JPKK mengajukan soalan kepada panel.

“Belanjawan bukan sekadar angka, tetapi gambaran komitmen kerajaan untuk memastikan pembangunan negeri terus mampan dan bermanfaat kepada rakyat.

“Sejak 2019 hingga 2025, pelbagai inisiatif pembangunan telah dilaksanakan bagi memacu ekonomi negeri, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memperkukuh struktur fiskal. Hari ini, kita menghimpunkan semuanya agar masyarakat melihat sendiri hasil, kesan dan hala tuju yang sedang dibina,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra-Belanjawan Negeri Sembilan di Wisma Negeri, di sini semalam.

Majlis anjuran Pejabat Menteri Besar itu memberi pendedahan awal kepada masyarakat mengenai hala tuju perbelanjaan negeri.

Moderator dan panel jemputan sesi Hard Talk.

Program tersebut menghimpunkan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), pelajar Tingkatan Enam, komuniti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan penjawat awam selain menampilkan penerangan mengenai inisiatif pembangunan negeri dari 2019 hingga 2025 oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar Ahmad Shahir Mohd Shah.

Sesi Hardtalk bertajuk ‘Belanjawan Negeri Sembilan – Apa Yang Anda Perlu Tahu’ turut diadakan bersama panel Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Dr. Noraini Ismail, Ketua Bahagian Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan Ibrahim Noor Azam, dan Penganalisis Ekonomi Faizuddin Razali.

-RI

Tinggalkan komen anda