
Laporan/ foto: Intan Saziana/ Sunito (Cameron Highlands)
CAMERON HIGHLANDS, 30 Dis (MalaysiaAktif) – Rondaan keselamatan melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) membantu meningkatkan keselamatan komuniti setempat.

Aktiviti rondaan secara bergilir oleh RT Progresif Taman Puncak Arabella
Menurut Pengerusi RT Progresif Taman Puncak Arabella, Muhammad Razelan Rozali, skim rondaan ini baru dimulakan di kawasan kediaman mereka.
“Melalui skim rondaan ini kita cuba untuk membantu mewujudkan komuniti setempat yang selamat dan harmoni di samping dapat merapatkan lagi ukhwah antara kita,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, di sini, hari ini.

Kabin SRS RT Progresif Taman Puncak Arabella yang baharu dirasmikan
Ujarnya lagi, kabin SRS yang baharu juga telah siap sekaligus membuktikan komitmen mereka memainkan peranan sebagai komuniti yang cakna dengan keselamatan setempat.
“Dengan adanya kabin SRS ini ia dapat meningkatkan tahap kesiapsiagaan kami dalam memastikan kawalan dan rondaan keselamatan di tahap yang optimum,” katanya lagi.
-AA-





