Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Surau Safinatun Najah Simbol Keseimbangan Rohani Warga SPRM Manjung

By 21 Disember 2025Disember 22nd, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fakhri Md Nor (Manjung)

SITIAWAN, 21 Dis (MalaysiaAktif) – Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Manjung melakar sejarah dengan perasmian Surau Safinatun Najah, kelmarin.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan Orang Besar Jajahan Manjung Toh Seri Bijaya Leftenan Kolonel (B) Datuk Shaharudin Nazari.

Ucapan Perasmian oleh Orang Besar Jajahan Manjung.

“Pembinaan surau ini melambangkan keprihatinan pihak SPRM terhadap keseimbangan antara tanggungjawab profesional dengan keperluan rohani warga kerja,” katanya.

Beliau turut berharap agar surau tersebut bukan sahaja digunakan untuk menunaikan solat fardu, malah menjadi pusat ilmu, medan penyatuan ummah serta tempat mendidik jiwa yang berpaksikan nilai kebenaran.

Mengimbau sejarah premis berkenaan, bangunan Pejabat SPRM Cawangan Manjung ini merupakan bekas bangunan Perpustakaan Awam Sitiawan sejak tahun 1990 sebelum dianugerahkan kepada SPRM Perak pada 5 Jun tahun lepas.

Pejabat tersebut kemudiannya telah dirasmikan pada 7 November 2024 dengan dilengkapi Bilik Ketua Cawangan, ruang kerja pegawai, bilik aduan serta Bilik Gerakan Operasi Siasatan.

Sesi bergambar.

Bagi meningkatkan kemudahan prasarana, kerja-kerja naik taraf dan ubah suai Fasa 2 telah dilaksanakan bermula 18 Julai 2025 melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM357,050.

Skop kerja tersebut merangkumi pembinaan pondok pengawal, naik taraf ruang pejabat, penyediaan parkir berbumbung serta pembinaan surau baharu yang telah siap sepenuhnya pada 25 September lepas.

Turut diadakan adalah majlis penyerahan projek Fasa 2 oleh wakil Petrotech Supply and Services kepada Timbalan Pengarah SPRM Perak merangkap Penguasa Projek, Jaafar Tajuddin.

Majlis penyerahan tersebut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Indera Junipah Wandi.

-RI

Tinggalkan komen anda