Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Tourism Malaysia Buka Pintu Kerjasama Majukan Pelancongan

By 21 Disember 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)/Tourism Malaysia

KOTA KINABALU, 21 Dis (MalaysiaAktif) – Tourism Malaysia sentiasa membuka pintu kerjasama dengan mana-mana pihak untuk memajukan sektor pelancongan khasnya di Sabah.

Pengarah Tourism Malaysia Sabah Haryanty Abu Bakar berkata pihaknya mengalu-alukan sebarang cadangan dan kerjasama dalam sektor pelancongan negara.

Haryanty semasa menyampaikan ucapan.

“Saya menyeru semua rakan industri, persatuan pelancongan, syarikat penerbangan, tourism product owners serta agensi kerajaan yang mempunyai idea atau cadangan kerjasama strategik termasuk promosi bersama.

“Pintu Tourism Malaysia sentiasa terbuka untuk perbincangan lanjut bagi meneroka potensi kolaborasi yang lebih berimpak,” katanya sewaktu berucap pada Majlis apresiasi Tourism Malaysia 2025, di sini kelmarin.

Haryanty berkata Malaysia mencatat kemasukan 28.2 juta pelancong antarabangsa bermula Januari hingga Ogos lepas yang merupakan peningkatan ketara sehingga 14.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Peningkatan itu katanya didorong oleh usaha kolektif rakan kongsi industri, agensi kerajaan dan pihak berkepentingan Tourism Malaysia dalam meningkatkan kedudukan negara sebagai desinasi pilihan global.

Pemain industri pelancongan dan media Labuan hadir memeriahkan majlis.

Pada majlis sama, beliau turut berkongsi tiga fokus utama pihaknya untuk tahun hadapan iaitu mewujudkan permintaan melalui penjenamaan dan pemasaran yang lebih kukuh.

Selain itu, pihaknya akan meningkatkan trafik melalui perkongsian strategik dan mengutamakan pasaran sasaran dengan segmen berimpak tinggi seperti pengembaraan, ekopelancongan, golf serta tarikan khusus seperti pelancongan berasaskan komuniti, pengalaman inap desa, pemerhatian burung mahupun aktiviti menyelam.

-RI

Tinggalkan komen anda