Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerlis

PJRM di Perlis Turut Ringankan Beban Pelajar

By 24 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini/KPDN Perlis

KANGAR, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Pelaksanaan program Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) anjuran Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perlis di beberapa lokasi strategik seperti Padang Besar, Kangar dan Arau yang berdekatan dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) membantu meringankan kos sara hidup pelajar.

PJRM mendapat sambutan dalam kalangan warga pelajar.

Antara lokasi tumpuan pada hari ini ialah Dewan Orang Ramai Kampung Titi Tinggi Hilir, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Masjid Nurul Hikmah Wang Bintong, Pasar Raya Borong WANN, Masjid Al-Makmur Kampung Bongor Kudung serta Pasar Raya Hafifah, Kangar.

“Program PJRM ini memang sangat membantu saya sebagai pelajar. Harga barang seperti biskut, sabun lebih murah, jadi dapat jimat perbelanjaan harian sebagai pelajar,” kata Nur Qatrunnada Yusri, 19, yang ditemui, pagi tadi.

PJRM terus menjadi antara inisiatif utama kerajaan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, keterangkuman dan keadilan sosial.

Sambutan yang menggalakkan di beberapa lokasi strategik di Perlis.

“Saya harap program Jualan RAHMAH MADANI ini dapat juga masuk ke IPT dan diperluaskan kerana ia benar-benar memberi kesan penjimatan, bagi kami golongan pelajar,” ujar Nur Ain faqihah Mohd Fakrurazi, 19.

Selain membantu dari sudut ekonomi isi rumah, PJRMI turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan dan komuniti setempat melalui pendekatan turun padang yang lebih dekat dengan rakyat.

Inisiatif di Perlis ini akan diteruskan secara berkala sebagai sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara, seiring dengan komitmen untuk meringkan kos sara hidup rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda