Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

MyKiosk@KPKT di Taman Sena Tumpuan Baharu di Kangar

By 24 Januari 2026Januari 26th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini (Perlis)

KANGAR, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Deretan MyKiosk@KPKT di Taman Sena kini menjadi tumpuan penduduk tempatan dengan menawarkan pelbagai pilihan makanan, minuman dan produk tempatan, sekali gus memberi peluang ekonomi kepada peniaga mikro untuk menjana pendapatan dalam persekitaran yang lebih tersusun, selamat dan selesa.

Husna kerap singgah di MyKiosk@KPKT di Taman Sena kerana makanan yang dijual berpadanan dengan harga dan kualiti.

Sebanyak 26 unit MyKiosk menarik pengunjung seawal pukul 10 pagi yang terletak berhampiran Bulatan Jalan Jubli Emas.

Menurut seorang peniaga, Suryati Taib, 46, inisiatif ini membantu memperluas jangkauan perniagaan serta menarik pelanggan baharu.

“Saya jual minuman seperti kopi, teh dan juga makanan iaitu nasi tomato di sini.

“Pelanggan sentiasa ada di MyKiosk ini. Lokasi di Taman Sena memang strategik dan mudah orang nampak,” katanya.

Pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India menyokong peniaga di sini.

Seorang pelanggan, Nur Husna Abdul, 22, pula berkongsi pengalaman membeli makanan untuk keluarganya.

“Saya selalu datang dengan keluarga untuk beli tauhu bergedil di sini. MyKiosk ini memang sesuai untuk keluarga singgah,” katnya.

Inisiatif MyKiosk@KPKT dilihat selari dengan usaha memperkasa ekonomi komuniti setempat serta menyediakan platform terbaik kepada peniaga mikro di Perlis.

-RI

Tinggalkan komen anda