Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PUSPANITA Maran Sasar Pemeriksaan Wanita, Tambah Ahli Dalam Misi 2026

By 29 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akma Laily Hamdan (Maran)/PUSPANITA Maran

MARAN, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Maran menyasarkan misi proaktif bagi tahun 2026 dengan menumpukan kepada pertambahan keahlian baharu serta pemerkasaan kebajikan ahli secara menyeluruh.

Pegawai Daerah Maran Che Wan Muhammed Salleh Al-Koris Wan Adnan merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Maran Kali ke-39

Misi tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Maran Kali ke-39 yang dirasmikan Pegawai Daerah Maran merangkap Penasihat persatuan Che Wan Muhammed Salleh Al-Koris Wan Adnan, di sini kelmarin.

Pengerusi PUSPANITA Maran yang baharu dilantik, Nazaitul Shima Rahamat, berkata bagi tahun ini, persatuan akan memberi tumpuan khusus untuk menarik penyertaan daripada kalangan pesara dan kakitangan awam yang baharu bertukar ke daerah ini.

“Selain penambahan keahlian, pelbagai aktiviti telah dirangka dalam takwim 2026 bagi memenuhi keperluan pembangunan diri ahli, merangkumi aspek kebajikan, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

“Saya percaya PUSPANITA bukan sahaja berperanan sebagai platform kebajikan, malah menjadi wadah untuk memperkasa wanita, mengeratkan silaturahim serta menyumbang secara positif kepada organisasi dan masyarakat,” katanya ketika berucap pada mesyuarat tersebut.

-RI

Tinggalkan komen anda