Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

SARA Bujang: Terima Kasih Kerajaan

By 19 Januari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 19 (MalaysiaAktif) – Golongan bujang melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan atas inisiatif penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disifatkan mampu meringankan beban kos sara hidup, khususnya dalam menghadapi peningkatan harga barangan keperluan harian.

Hazimah (kanan) berterima kasih kepada kerajaan atas sumbangan SARA untuk golongan bujang.

Seorang penerima, Ilyas Mohd Arif, 27, berkata sumbangan berkenaan amat membantu golongan bujang sepertinya dalam mengurus perbelanjaan bulanan, terutamanya bagi pembelian barangan asas seperti makanan dan keperluan dapur.

“Walaupun jumlahnya tidak besar, bantuan ini memberi kelegaan dan menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap golongan bujang yang turut terkesan dengan peningkatan kos sara hidup,” katanya ketika ditemui, di sini semalam.

Rata-rata golongan bujang memberi respon positif dengan SARA Bujang.

Manakala bagi Hazimah Ahmad, 35, berharap inisiatif seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang agar lebih ramai golongan bujang berpendapatan rendah dapat menikmati manfaatnya.

“Saya menyifatkan pelaksanaan SARA sebagai langkah proaktif kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terus terbela, selari dengan usaha membantu golongan memerlukan tanpa mengira status perkahwinan,” ujarnya.

-RI

Tinggalkan komen anda