Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

TYT Heritage Ride 2026: Kayuhan Santai, Cintai Sejarah Negeri

By 19 Januari 2026Januari 20th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mastura Mohamed Rowther (Pulau Pinang)

GEORGE TOWN, 19 Jan (MalaysiaAktif) – Program TYT Heritage Ride 2026 bukan sahaja berjaya menggalakkan amalan gaya hidup sihat malah berjaya menonjolkan keunikan Pulau Pinang sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

TYT Heritage Ride 2026 diharapkan terus menjadi acara tahunan yang memberi impak positif kepada kesejahteraan komuniti dan pembangunan sosial negeri.

Kayuhan sejauh 10 kilometer (km) itu membawa 120 orang peserta melalui lima titik semak utama yang menampilkan seni bina dan lokasi bersejarah, sekali gus menawarkan pengalaman unik yang menggabungkan aktiviti rekreasi dengan penghayatan nilai sejarah dan identiti negeri.

Program anjuran Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Basikal Bukit Pulau Pinang (PMA) dan iSports itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli Ngah Talib, yang memimpin sendiri kayuhan sebagai simbol kepimpinan berwawasan dalam mengangkat agenda kesejahteraan komuniti.

Momen istimewa menandatangani buku pelawat sambil merakam sejarah di salah satu titik semak TYT Heritage Ride 2026.

Menurut seorang peserta Muhammad Afeqin, 34, penyertaan dalam program berkenaan memberi pengalaman bermakna buat dirinya.

“Kayuh-kayuh santai memang seronok, sambil berbasikal kami boleh tengok sendiri bangunan-bangunan lama dan sejarah unik Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui wartawan Malaysia Aktif, di sini semalam.

Penganjuran program ini mencerminkan usaha berterusan pelbagai pihak dalam memupuk budaya hidup sihat dan mesra alam melalui aktiviti berbasikal, di samping menyemai rasa bangga serta penghargaan terhadap khazanah sejarah dan budaya Pulau Pinang.

-RI

Tinggalkan komen anda