Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

STR Beri Kelegaan kepada Golongan Berpendapatan Rendah dan Sederhana

By 20 Januari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Akmar Zulkifli (Pahang)

KUANTAN , 20 Jan (MalaysiaAktif) – Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 yang mula disalurkan kerajaan hari ini memberi kelegaan kepada orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Maria Mohd Idris ketika ditemui Malaysia Aktif tadi

Bantuan tersebut membantu meringankan beban kewangan keluarga dalam menyediakan keperluan harian seperti barangan dapur dan perbelanjaan harian yang lain.

Seorang penerima, Maria Mohd Idris, 46, berkata bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu suaminya dalam menyediakan keperluan harian.

“Dengan adanya STR ini, dapatlah saya gunakan untuk membeli tambahan barang-barang dapur,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Nurasyikin Iskandar, 41, menyifatkan STR ini amat membantu golongan ibu tunggal dan asnaf.

Nurasyikin berkata STR ini amat membantu golongan ibu tunggal dan asnaf

“Terima kasih pihak kerajaan kerana memberi bantuan. Saya berharap sumbangan ini diteruskan pada setiap tahun,” katanya.

Pekerja swasta, Muhammad Abdul Basit Hishamuddin, 29, pula berkata bantuan ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi keperluan rumah tangga.

“Duit yang diterima ini bolehlah buat bayar rumah dan menampung perbelanjaan makan minum. Saya harap bantuan ini dapat diteruskan. Terima kasih kepada kerajaan yang membantu kami,” katanya.

Pemberian STR ini merupakan tanda keprihatinan pihak kerajaan dalam membantu rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa.

-AA-

Tinggalkan komen anda