Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

150 Peserta Sertai Pertandingan Bola Tampar dan Petanque Sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

By 5 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Muzaffar Marrudzuki

TAMPIN, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Sempena Hari Keputeraan Ke-78 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin menganjurkan Pertandingan Bola Tampar dan Petanque Antara Jabatan di Kompleks Arena Tampin yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh, Suhaimizan Bizar, semalam.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang

Ketika berucap, Suhaimizan menyatakan harapan agar platform sukan ini dapat memupuk semangat kesukanan, menggalakkan gaya hidup sihat, serta mengeratkan perpaduan dan silaturahim antara jabatan dan agensi yang terlibat.

Pegawai Daerah Tampin, Mohd Fadhil Hassan, memaklumkan beliau amat berterima kasih atas sokongan luar biasa semua pihak kerana pertandingan bola tampar pada tahun ini mencatat penyertaan sebanyak 12 kumpulan bagi setiap kategori, berbanding lapan kumpulan tahun lalu.

Sekitar pertandingan bola tampar

“Terlalu banyak pemohonan untuk menyertai pertandingan bola tampar yang pihak kami terima, namun kerana kekangan masa kami terpaksa menolak dan hanya memilih 12 kumpulan sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan,” ujarnya.

Pertandingan yang diadakan di Kompleks Arena Tampin ini disertai seramai 150 peserta daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Tampin dan beberapa agensi kerajaan di dalam Negeri Sembilan.

-AA-

Tinggalkan komen anda