
Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)
TAPAH, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 280 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 menerima keseluruhan sumbangan bernilai RM154,000 dalam Majlis Apresiasi Kecemerlangan Parlimen Tapah di Dewan Merdeka Tapah, di sini hari ini.

Saravanan ketika berucap semasa merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2024 dan STPM 2025, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri Dr. M. Saravanan berkata pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan asas utama kepada pembangunan masyarakat dan negara yang mampan.
“Kejayaan yang diraih hari ini diharapkan menjadi pemangkin semangat buat para pelajar untuk terus berusaha dan akhirnya kembali menyumbang bakti kepada komuniti di masa hadapan,” katanya ketika menyempurnakan majlis tersebut.
Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah Batang Padang Raihanulazmi Muhamad memaklumkan pencapaian SPM 2024 peringkat daerah menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan Gred Purata Daerah (GPD) 4.78 berbanding 4.85 pada tahun sebelumnya.
“Peningkatan ini adalah hasil kerjasama erat dan sinergi antara pelajar, guru, ibu bapa serta sokongan komuniti setempat yang sentiasa mengutamakan kecemerlangan pendidikan,” katanya.
-RI






