Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Perpustakaan Awam Song Sedia Akses Internet Percuma untuk Komuniti

By 11 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Danial/Hamzah Bohari (Song)

SONG, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Perpustakaan Awam Daerah Song kini menyediakan akses internet dan penggunaan komputer secara percuma kepada orang ramai menerusi inisiatif Pusat Komuniti Digital.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu masyarakat setempat mendapatkan akses maklumat dengan lebih mudah selain meningkatkan kemahiran digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa.

Perpustakaan Awam Daerah Song menyediakan kemudahan akses internet dan komputer percuma kepada komuniti setempat menerusi Pusat Komuniti Digital.

Melalui kemudahan itu, pengguna boleh memanfaatkan komputer yang dilengkapi capaian internet bagi tujuan pembelajaran, urusan rasmi serta pelbagai keperluan dalam talian termasuk permohonan pekerjaan dan carian maklumat.

Pembantu Pustakawan, Retta Linggi berkata kemudahan berkenaan terbuka kepada semua lapisan masyarakat khususnya pelajar, pencari kerja dan individu yang ingin meningkatkan literasi digital.

“Perkhidmatan ini diharap dapat membantu komuniti setempat memanfaatkan teknologi secara positif dan berkesan,” katanya ketika ditemui di perpustakaan tersebut, di sini semalam.

Inisiatif kerajaan ini diharap dapat memperkasakan komuniti melalui teknologi maklumat sekali gus merapatkan jurang digital, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar di daerah Song.

-RJ-

Tinggalkan komen anda