Skip to main content
Berita TempatanSarawak

63 Masjid, Surau Terima OG Sempena Ramadan

By 18 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Mohamad Rizal Sabtu (Sarawak)

LIMBANG, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Sebanyak 63 masjid dan surau di Daerah Limbang menerima Outright Grant (OG) berjumlah RM262,000 sebagai persiapan menyambut Ramadan dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah berkata, bantuan melibatkan 10 masjid dan 53 surau itu bertujuan memperkasa penganjuran program keagamaan serta aktiviti kemasyarakatan sepanjang bulan Ramadan.

Hasbi bergambar beramai-ramai bersama penerima Outright (OT) Grant di Dewan Bunga Raya di sini hari ini.

“Kita berharap jawatankuasa masjid dan surau menggunakan geran ini sebaik mungkin untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang sepanjang Ramadan dengan penyertaan aktif komuniti serta menyokong program masyarakat setempat,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Menurut Hasbi, perpaduan umat Islam di Limbang perlu terus diperkukuh melalui amalan hidup bermuafakat dan berteraskan nilai murni.

“Keharmonian yang kita nikmati hari ini terbina hasil sikap saling hormat, toleransi dan semangat kejiranan yang telah sekian lama diamalkan dalam masyarakat,” ujarnya.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan buah kurma kepada wakil masjid dan surau sebagai simbolik persediaan menyambut Ramadan.

Turut hadir Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Limbang.

-RJ-

Tinggalkan komen anda