Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Bilik Mengaji Felda Taib Andak Wajah Baharu, Lebih Selesa dan Kondusif

By 16 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurulaini/Facebook Mohd Jafni Md Shukor

KULAI, 16 Feb (MalaysiaAktif) – Bilik Mengaji di Felda Taib Andak kini tampil dengan wajah baharu selepas melalui kerja-kerja naik taraf yang menjadikannya lebih selesa, tersusun, dan kondusif untuk kegunaan masyarakat setempat.

Penambahbaikan tersebut dilaksanakan hasil usaha bersama komuniti setempat dengan sokongan kerajaan negeri Johor, sebagai usaha memartabatkan institusi pendidikan al-Quran di peringkat akar umbi.

Mohd Jafni menandatangani plak perasmian

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mohd Jafni Md Shukor berkata kerja-kerja naik taraf tersebut melibatkan pendawaian elektrik baharu, pengecatan, penggantian bumbung serta penyediaan kerusi, meja, penghawa dingin dan permaidani.

“Nilai keseluruhan RM18,300 ini bukan sahaja membawa perubahan fizikal yang lebih tersusun dan ceria, malah memastikan pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana yang lebih selesa dan selamat.

“Semoga Bilik Mengaji Felda Taib Andak ini terus berperanan sebagai pusat ilmu, tarbiah dan penyatuan masyarakat setempat, sekali gus melahirkan generasi Bangsa Johor yang berilmu, berakhlak dan berjiwa besar,” ujarnya ketika ditemui, di sini semalam.

Dalam lawatan tersebut, sumbangan tunai berjumlah RM4,000 turut disampaikan bagi menyokong pengurusan serta aktiviti pengimarahan bilik mengaji berkenaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda