Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Billy Sujang Sempurnakan Pelepasan Rombongan Kayuhan Rentas Sempadan

By 9 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip/Indah & Felix (Lundu)

LUNDU, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Semangat gaya hidup sihat dan kesukanan terus disemarakkan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Opar Billy Sujang menyempurnakan pelepasan Borneo Cycling Odyssey di pintu masuk Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak, di sini hari ini.

Program kayuhan rentas sempadan anjuran Persatuan Balap Sepeda itu menghimpunkan 17 peserta berbasikal bersama empat pengiring dan sebuah kenderaan sokongan.

Billy Sujang merakam kenangan bersama 17 peserta Borneo Cycling Odyssey sebelum memulakan kayuhan rentas sempadan, menzahirkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat.

Pelepasan itu bukan sekadar menandakan permulaan ekspedisi, malah mencerminkan usaha memupuk budaya hidup aktif, memperkukuh jaringan persahabatan serantau dan membuka ruang mempromosi pelancongan sukan di kawasan sempadan.

Rombongan berbasikal dijadual memasuki Sarawak melalui ICQS Biawak pada hari ini sebelum meneruskan laluan yang telah dirancang dan keluar melalui ICQS Tebedu, Rabu ini.

Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada komuniti setempat melalui peningkatan aktiviti ekonomi kecil, perkhidmatan pelancongan dan pendedahan destinasi tempatan kepada peserta luar sekali gus mengangkat Lundu sebagai lokasi strategik untuk program sukan dan rekreasi.

Turut hadir, Pegawai Daerah Lundu Zulkarnain Ismail bersama ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua kaum Zon Biawak.

-RJ-

Tinggalkan komen anda