Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Chap Goh Mei Jadi Tarikan Pelancongan Sri Aman

By 26 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Iswandi Kassim (Sri Aman)

SRI AMAN, 26 Feb (MalaysiaAktif) – Sambutan Chap Goh Mei di Sri Aman berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan yang mampu merancakkan ekonomi setempat serta memperkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata festival itu bukan lagi sekadar tradisi masyarakat Cina sebaliknya berkembang menjadi festival komuniti yang disertai pelbagai lapisan masyarakat.

“Setiap tahun, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Pekan Simanggang bagi menyaksikan perarakan dewa-dewi.

“Kehadiran pengunjung daripada kaum Iban, Melayu serta etnik lain membuktikan festival ini diterima sebagai sebahagian identiti masyarakat setempat,” katanya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina serta Pelancaran Festival Chap Goh Mei Bahagian Sri Aman di Tokong Ciyun Sri Aman, kelmarin.

Beliau berkata penganjuran festival itu wajar dilihat sebagai pelengkap kepada produk pelancongan sedia ada seperti Pesta Benak yang menjadi tarikan ikonik di daerah ini.

Beliau turut mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Soon Heng Simanggang bagi menyokong penganjuran festival berkenaan tahun ini.

-RJ-

Tinggalkan komen anda