Skip to main content
Berita TempatanSarawak

Dominasi Orang Muda Dalam Bisnes Gunting Rambut, Kisah Kejayaan Abdul Rahman

By 11 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Radhmad (Sarawak)

ASAJAYA, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Golongan muda kini semakin berani menceburi bidang perniagaan menggunting rambut, sekali gus mengubah landskap industri yang sebelum ini didominasi golongan lebih berusia.

Abdul Rahman Mahmud, 33, pemilik kedai gunting rambut di Pekan Asajaya berkata beliau memulakan perniagaan dengan modal RM3,000 dan sokongan ahli keluarga.

Kini, perniagaan itu menjana pendapatan kasar RM6,000 sebulan dan mampu menggaji seorang pekerja untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Beliau yang berasal dari Kampung Tambirat mengakui minat menggunting rambut timbul sejak kecil apabila sering melihat arwah ayahnya menggunting rambut pelanggan di kampung.

“Hanya dengan gunting biasa, ayah mampu menghasilkan guntingan yang kemas dan segak. Dari situ timbul minat dan cita-cita saya untuk menceburi bidang ini,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini pada Ahad.

Pengalaman enam tahun bekerja sebagai penggunting rambut banyak membantu Abdul Rahman merealisasikan cita-citanya membuka kedai sendiri.

Kini memasuki tahun keempat, beliau berharap dapat meluaskan perniagaan dengan membuka cawangan baru.

Kejayaan Abdul Rahman menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk berani memulakan perniagaan berasaskan bakat dan minat sendiri.

“Peluang sentiasa ada. Rebah sekali, jangan takut bangkit untuk kedua kali. Terus bangkit sehingga cita-cita tercapai. Usaha, doa dan tawakal serta motivasi tinggi perlu diterapkan agar tidak mudah putus asa,” katanya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda