Skip to main content
Berita TempatanLabuan

Jabatan Kesihatan Labuan Perhebat Pemantauan Bazar Ramadan

By 27 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin (Labuan)

LABUAN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Kesihatan Labuan (JKWPL) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memperhebatkan pemantauan Bazar Ramadan bermula sejak 11 Feb lalu.

Dr. Francis (tiga dari kanan) turut menyampaikan anugerah kepada peniaga bazar yang mematuhi amalan standard keselamatan makanan

Pengarahnya, Dr. Francis Paul berkata pemantauan ke atas makanan yang dijual sepanjang bulan Ramadan dilakukan bagi memastikan kepatuhan terhadap standard keselamatan makanan yang ditetapkan.

“Aktiviti pemantauan di sepanjang rantaian makanan dimulakan sebelum Ramadan iaitu pada 11 Feb meliputi pemeriksaan ke atas sumber bahan mentah di tiga buah kilang ais, lima buah kilang Air Minuman Berbungkus (AMB) dan dua buah kilang mi tanpa pengeluaran Notis 32B.

“Pemeriksaan gerai bazar telah dimulakan pada 20 Feb membabitkan tujuh lokasi Bazar Ramadan. Sebanyak 501 premis selain sebanyak 19 sampel makanan telah diambil dengan 14 analisis mikrobiologi, lima analisis kimia dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambahnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil kepada peniaga-peniaga bazar yang melanggar Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda