Skip to main content
TerengganuBerita TempatanBerita Timur

Ramadan Medan Tarbiah Bentuk Penjawat Berintegriti, Bertaqwa

By 27 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaacob/Zulkifli Othman (Terengganu)

BESUT, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Ramadan bukan hanya bulan ibadah khusus seperti puasa dan solat tarawih, tetapi medan latihan rohani yang mampu membentuk disiplin, kejujuran dan rasa tanggungjawab yang tinggi dalam setiap amanah yang dipikul.

Penceramah jemputan mengupas hubungan antara taqwa dan integriti dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks perkhidmatan awam

Penceramah Adam Mat Said berkata integriti yang mapan tidak mampu berdiri sendiri tanpa asas taqwa yang kukuh dalam diri setiap individu.

“Apabila taqwa menjadi akar dalam diri, maka integriti akan menjadi buahnya. Setiap tugasan yang dilaksanakan bukan sekadar untuk memenuhi KPI, tetapi sebagai satu bentuk pengabdian kepada Yang Maha Esa,” katanya ketika sesi soal jawab, di sini semalam.

Terdahulu, Adam menyampaikan ceramah yang mengupas secara mendalam hubungan antara taqwa dan integriti dalam kehidupan seharian, khususnya dalam konteks perkhidmatan awam menerusi program ilmu bertemakan Ramadan: Medan Tarbiah Bentuk Taqwa dan Integriti.

Program anjuran Majlis Daerah Besut (MDB) di Dewan Merdeka, Kota Putera Square itu menghimpunkan kakitangan pihak berkuasa tempatan itu bertujuan memperkasa nilai dalaman warga kerjanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda