Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerajaan Perak Pastikan Jajaran Lebuh Raya PLUS Bebas Masalah Gangguan Capaian Internet

By 18 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Izham (Hilir Perak)

SUNGAI MANIK, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Perak meletakkan sasaran untuk memastikan sepanjang jajaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) yang merentasi negeri ini bebas daripada masalah gangguan capaian Internet atau blind spot (titik buta).

Turut hadir Pengarah MCMC Perak Mohd Irwan Mohamed (berbaju putih).

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi, berkata tumpuan diberikan kepada laluan utama bermula dari pintu masuk Perak di Bagan Serai sehingga ke Tanjung Malim.

Menurut beliau, usaha ini penting bagi memastikan pengguna lebuh raya menikmati liputan yang stabil dan berterusan sepanjang perjalanan mereka.

“Kita mahu memastikan lebuh raya yang melalui pintu gerbang Perak ini tidak lagi mempunyai masalah blind spot pada masa hadapan. Perkara ini sedang diperhalusi melalui Jawatankuasa Telekomunikasi Negeri Perak yang dianggotai oleh Suruhanhaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan,” jelasnya ketika ditemui dalam program Jelajah Komunikasi Sungai Manik di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Permatang Sungai Manik, di sini kelmarin.

Sesi lawatan NADI Permatang Sungai Manik.

Sebagai sebahagian daripada pelan tersebut Mohd Azlan, mengumumkan pembinaan menara telekomunikasi baharu di kawasan Gua Tempurung kini sedang giat dijalankan dan dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Projek tersebut merupakan kesinambungan kepada kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan isu capaian telekomunikasi dan Internet di dalam Terowong Menora sebelum ini.

Tambahnya, pemantauan terhadap kualiti rangkaian di sepanjang lebuh raya akan dilakukan secara berterusan memandangkan cabaran capaian telekomunikasi dan internet sentiasa berubah seiring dengan pertambahan populasi dan pengguna.

-RI

Tinggalkan komen anda