Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Khemah Baharu Suntik Semangat 30 Peniaga Sambut Ramadan

By 19 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail/Alif Hamid

BATU MAUNG, 19 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 30 peniaga mikro, kecil dan sederhana di sekitar Batu Maung menerima manfaat langsung apabila dibekalkan khemah baharu bagi persediaan perniagaan sepanjang Ramadan.

Sumbangan khemah tersebut merupakan inisiatif Jabatan Perdana Menteri melalui Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, di sini semalam.

Rokiah (tengah) gembira dipilih sebagai salah seorang penerima sumbangan khemah baharu.

Mohamad, menegaskan kerajaan komited untuk terus memperkasa usahawan kecil dan peniaga tempatan sebagai pemangkin ekonomi setempat, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri berkenaan, agar mereka terus berdaya saing dan mampu meningkatkan taraf hidup keluarga.

Bagi penerima, Rokiah Mad Isa, 55, pemberian khemah tersebut amat bermakna dan memberi keyakinan untuk berniaga dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Alhamdulilah, rezeki ramadan kali ini dapat berniaga menggunakan khemah baharu yang cantik dan kukuh,” ujarnya yang mengusahakan perniagaan nasi lemak di Kampung Baru Sungai Ara.

Bantuan itu dilihat sebagai dorongan penting kepada peniaga kecil untuk meningkatkan pendapatan sepanjang bulan Ramadan sekali gus membantu mengurangkan kos operasi serta menyediakan tapak niaga yang lebih selesa kepada pelanggan.

-RI

Tinggalkan komen anda