Skip to main content
Berita TimurBerita TempatanPahang

Integriti Asas Pengurusan Sumber Hutan – KSN

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 12 Feb (MalaysiaAktif) –  Integriti merupakan asas utama dalam memastikan pengurusan sumber hutan dilaksanakan secara telus, berakauntabiliti dan mampan.

Wacana Integriti yang dilaksanakan sempena Kolokium Integriti Perhutanan

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata usaha memerangi rasuah serta memperkukuh sistem tadbir urus perlu digerakkan secara kolektif melibatkan semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri dan masyarakat.

Beliau dalam pada itu turut berkongsi kedudukan terkini Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transperancy International.

“Saya ingin berkongsi satu berita gembira bahawa semalam telah diumumkan oleh Transparency International yang kedudukan Malaysia dalam CPI telah meningkat tiga anak tangga kepada kedudukan 54 dari 182 buah negara berbanding kedudukan ke-57 pada tahun 2024 dengan skor keseluruhan meningkat kepada 52 berbanding 50 pada 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Kolokium Integriti Perhutanan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda