Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Lindung Mahabbah Ramadan 2026 Perkukuh Sinergi Agensi, Tiada Lagi Rakyat Tercicir

By 24 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 24 Feb (MalaysiaAktif) – Program Lindung Mahabbah Ramadan Social Synergy 2026 memperkukuh jaringan bantuan sosial melalui kolaborasi pelbagai agensi demi menyantuni masyarakat memerlukan sepanjang Ramadan tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, berkata pendekatan bersama rakan strategik memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan layak.

Dr. Mohammed Azman menyerahkan cek replika faedah PERKESO kepada seorang waris pencarum.

Menurutnya, antara rakan terlibat ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia serta Lembaga Zakat Selangor.

Turut bekerjasama ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan yang berperanan memastikan tiada individu tercicir daripada menerima bantuan sewajarnya.

“Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen menjadi jambatan penting antara agensi serta rakyat, termasuk mendapatkan khidmat pegawai berpengalaman berkaitan produk PERKESO,” katanya ketika majlis perasmian di Dewan Rakyat Batu Caves, di sini hari ini.

Dr. Mohammed Azman sedang mengacau bubur lambuk sempena Program Lindung Mahabbah Social Synergy 2026.

Katanya, kerjasama erat bersama Pejabat Parlimen Gombak diharap dapat diperluaskan ke kawasan DUN dan Parlimen lain demi manfaat lebih menyeluruh.

“Pelaksanaan dasar ‘no wrong door’ memastikan setiap individu yang hadir ke mana-mana agensi tetap dibantu tanpa mengira saluran pertama dikunjungi,” jelasnya.

Program turut dimeriahkan dengan pembukaan reruai khidmat nasihat serta gotong-royong memasak bubur lambuk, sekali gus menyemarakkan semangat kebersamaan Ramadan.

-RI

Tinggalkan komen anda