Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PAID Hulu Selangor Anjur Program Semarak Ramadan

By 14 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ameer Rithauddin Roslan (Hulu Selangor)

KUALA KUBU BHARU, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Lebih 200 penjawat awam daripada pelbagai agensi di daerah Hulu Selangor menyertai Program Semarak Ramadan Peringkat Daerah sebagai persediaan rohani menjelang ketibaan bulan suci itu beberapa hari saja lagi.

Antara hadirin yang hadir memeriah program

Program yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan), Mohamad Marwan Ahmad Tajuri telah berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor (PDTHS) anjuran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor dengan kerjasama strategik pelbagai agensi tempatan.

Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Selangor, Ustaz Mohd Khairi Md Zainal, berkata program berkenaan bertujuan mempersiapkan warga daerah dari sudut mental dan spiritual dalam menyambut rukun Islam ketiga itu.

“Program ini merupakan inisiatif PAID Hulu Selangor untuk memastikan umat Islam di daerah ini dapat meningkatkan penghayatan dan ketakwaan mereka.

“Selain itu, ia menjadi platform terbaik untuk memupuk semangat ukhwah dan kemasyarakatan dalam kalangan kakitangan awam yang berkhidmat di sini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan, semalam.

Antara pengisian utama program ialah ceramah khas bertajuk Bicara Kompas Syurga, Timeline Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Dr Asraff Amirull, yang turut menyentuh mengenai pengurusan masa dan kualiti ibadah sepanjang bulan puasa.

Selain perkongsian ilmu kerohanian, majlis turut diserikan dengan pameran oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), saringan kesihatan secara percuma serta acara cabutan nama barokah.

Turut hadir ketua-ketua jabatan, pemimpin komuniti serta jawatankuasa masjid sekitar daerah Hulu Selangor.

-AA-

Tinggalkan komen anda