Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Agihan 700 Kilogram Kerang Segar Manfaat Buat 200 Penduduk Semerah

By 14 Februari 2026Februari 17th, 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Ain Johari/Ahmad Nur Zahidi Mairop (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 14 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai hampir 200 penduduk sekitar Semerah menerima agihan 700 kilogram kerang segar oleh Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Johor di Jeti Nelayan Rumah Pangsa Jalan Pantai, di sini hari ini.

Ahmad Luqman Mairop menerima kerang percuma

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata kerang yang dituai dari Lot MYKP Sungai Batu Pahat itu diagihkan terus kepada penerima yang hadir sebagai usaha membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, inisiatif berkenaan juga bertujuan memperkenalkan potensi projek estet kerang sebagai salah satu sumber ekonomi negeri, selain mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh sektor perikanan tempatan.

“Selain membantu rakyat, program ini memastikan manfaat hasil laut dapat dinikmati bersama oleh masyarakat,” katanya.

Sementara itu, seorang penerima, Ahmad Luqman Mairop, 21, meluahkan rasa syukur atas penganjuran program tersebut.

Agihan kerang kepada penerima

“Saya berterima kasih atas usaha murni ini kerana ia sedikit sebanyak membantu keluarga kami yang mempunyai tanggungan ramai. Harapan saya agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda keprihatinan terhadap masyarakat setempat,” katanya.

Program seumpama ini diharap dapat diteruskan bagi menyokong kesejahteraan masyarakat dan memperkukuh pembangunan sektor perikanan negeri.

-AA-

Tinggalkan komen anda