Skip to main content
Berita TempatanSarawak

48 Terima Sijil Pelantikan KMKK, JKKK Pakan

By 27 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Boniface Watt Su/Ignatius Golen Sugai (Pakan)

PAKAN, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 48 penerima menerima sijil pelantikan rasmi Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi kawasan Pakan pada majlis di Dewan Masyarakat Pakan, di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom berkata pelantikan itu menjadi platform memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan kepimpinan ketua kaum serta ketua masyarakat di daerah tersebut.

Penyerahan sijil pelantikan rasmi KMKK dan JKKK bagi kawasan Pakan pada majlis di Dewan Masyarakat Pakan, semalam.

Sinergi itu katanya penting bagi memupuk budaya saling menyokong dan berganding bahu dalam mendepani isu semasa komuniti setempat.

“Pertukaran tuai rumah yang lama bukan satu kegagalan kerana kita menghargai jasa mereka sepanjang perkhidmatan,” katanya.

“Namun, kita memerlukan barisan kepimpinan baharu yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi masa kini apabila pendigitalan menjadi teras hampir semua urusan,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Sementara itu, beliau berkata syarat kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi jawatan tuai rumah wajar dilaksanakan sebagai sebahagian pembaharuan pentadbiran kerana dilihat mampu memperkukuh keupayaan komuniti dalam mengurus data, urusan rasmi serta komunikasi yang kini semakin beralih kepada platform digital.

-RJ-

Tinggalkan komen anda