Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Program Sejahtera MADANI di Sungai Tadoh Bukti Keprihatinan Kerajaan MADANI

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aiman Alimin (Kelantan)

JELI, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Program Sejahtera MADANI di Sungai Tadoh, di sini membuktikan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat.

Sesi penyampaian cek cura kepada wakil peserta.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria berkata selain Sejahtera MADANI berkenaan yang merupakan program peningkatan pendapatan melalui aktiviti mendulang emas itu, kerajaan Persekutuan melaksanakan pelbagai lagi program yang bertujuan untuk membantu golongan miskin.

“Kita bagaimanapun perlu bersatu dan yang paling penting adalah membantu masyarakat bagi memartabatkan taraf hidup mereka,” katanya, di sini semalam.

Program berkenaan dilaksanakan menggunakan peruntukan Tabung Sejahtera MADANI yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai inisiatif kebajikan untuk membantu rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda