Skip to main content
KelantanBerita TempatanBerita Timur

Program Dulang Emas Jana Pendapatan Komuniti Setempat

By 12 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Zulaikha Mazlan (Jeli)

JELI, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Seramai 57 penerima eKasih menerima lesen kebenaran mendulang emas, sekali gus membuka peluang kepada golongan berpendapatan rendah menjana sumber pendapatan alternatif secara sah dan terancang.

Aktiviti mendulang emas di Sungai Tadoh.

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Sollehuddin Alyubi Zakaria berkata Program Peningkatan Pendapatan (Mendulang Emas) merupakan antara inisiatif di bawah kluster Peningkatan Pendapatan Sejahtera MADANI bagi membantu rakyat, khususnya komuniti luar bandar

“Ia bertujuan menambah pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan hidup,” katanya di Majlis Pelancaran Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI, Sungai Tadoh, di sini semalam.

Manurutnya, program dengan kerjasama Persatuan Penyatuan Penduduk Negeri Kelantan tersebut memberi pendedahan dan latihan praktikal mendulang emas secara tradisional, selari dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan dan kemampanan ekonomi rakyat.

-RI

Tinggalkan komen anda